| nasrul kiri(tiada dalam isu)bersama abg man |
Naim Noh 26,boleh digelarkan sebagai bapak orang,kerana mukanya sudahpun berumur,tapi bukan itu yang cuba diketengahkan,akan tetapi bapak kecemerlangan di dalam bahasa sukan luar negara,terutamanya yang melibatkan bola sepak pasukan Kedah-Mesir.
Player yang sudahpun digilap pengalaman ketika di bangku sekolah lagi,telahpun mewakili pasukan Kedah di Mesia bagi menyertai kejohanan sukan sekolah Agama.Beliau yang diberi mandat di dalam acara bola tampar,kerapkali menunjukkan bakat serta kesungguhannya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan itu.Hasilnya beliau pernah terpilih menjadi Penjaga Gol Kedah pada kejohanan bola sepak sebelum ni di Mesir.
Tidak berhenti di situ saja,Naim Noh yang juga pelepasan Sekolah memandu pendang(telah pun memegang lesen Tetap) ini,kerap kali mencipta nama sebagai bek terbaik beberapa tahun dulu.Ekoran dari kejayaan demi kejayaan yang dikecapi,Teamyess mengharapkan beliau bakal memberi sedikit dorongan kepada TY.
Ketika membedah pengalaman beliau semasa habis kejohanan piala MB yang lalu,(pasukan beliau mara ke Final mengalahkan Teamyess 3-2)beliau enggan mengkonsi pengalaman,akan tetapi atas desakan wartawan serta sogokan wang kepada beliau,dengan berat hati,beliau banyak memberi nasihat serta pengalaman.
TARBIYAH TUNJANG KEJAYAAN.
Perkara pertama yang beliau sentuh ialah mengenai Tarbiyah,ini kerana Tarbiyah merupakan sekolah terakhir beliau di peringkat menengah.Dengan berbekalkan semangat di sekolah tarbiyah,beliau merasakan kelebihan yang beliau miliki sekarang hasil sekolah tarbiyah.''Menjadi keutamaan saya untuk bergelar pemain profesional,tetapi sebelum ianya menjadi kenyataan,anda perlu mengenal apa itu sekolah tarbiyah dan di mana ia terletak".katanya sambil berfikir.
Bila ditanya,apakah anda dahulu bermain bola tampar? Soal apa yang kita main,atau apa yang kita buat,tu bukan nak jadi benda,lani,apa yang penting,benda pa yang kita dapat dari tarbiyah,pengalaman tu sebenaqnya yang bawa saya sampai ke peringkat sekarang,jadi kenapa perlu dipersolankan apa yang saya main?
Naim Noh yang pernah memiliki nama yang sama dengan Naim Noh sorang lagi,hanya dibezakan warna kulit,akan tetapi ukhuwwah tetap bersemadi.
PILIHAN YANG TEPAT
![]() |
| Naim NOh baju biru,selalu buat pilihan tepat |
Apabila ditanya adakah semua benda yang dilakukan di dalam hidup anda tepat,?jawapan beliau Ya,dan saya sangat memiliki acuan yang tepat di dalam hidup,walaupun pernah melakukan banyak kesilapan,tetapi saya tetap menganggap itu adalah pilihan tepat saya,kerana pendirian saya ialah tidak semua usaha memperolehi kejayaan,qodo qadar adalah penentu,tambahnya yang juga Mahasiswa Usuluddin di dalam jurusan Akidah Falsafah.
Tuntut Ukhwah
Untuk yang terakhir,beliau telah menuntut supaya setiap pemain perlu menuntut ukhwah semasa sendiri,ini penting bagi menserasikan setiap orang dan memudahkan semua pemain berinteriaksi.Sebgai contoh beliau telah bersama abang Man dan juga U.Kamal dalam banyak musim,ini menunjukkan bahawa,pentingnya menuntut ukhuwwah atau dalam bahasa lain memberi serta menjalinkan ukhuwwah yang baik sesama manusia di dalam masa yang lama.
Naim Noh juga yang lebih rapat dengan orang ramai berbanding insan lain dan tidak terkecuali kecil mahupun besar,tidak hairanlah apabila beliau rapat juga dengan,err,,err,HEWI.
Beliau juga menegaskan bahawa,Teamyess perlu kuatkan lagi ukhuwwah bagi meletakkan tapak kaki ke Final.
| wartawan wana bergambar bersama naim noh selpas slesai temuramah |
Teamyess mengucapkan tahniah kepada Naim Noh diatas kejayaan beliau selamanya dan mendoakan beliau najah Al-Quran di dunia dan akhirat.Salam sukan,salam mesra.Majulah sukan,majulah badan.Zaaaz.
















